SHAH ALAM, 10 Sept (Bernama) — Lebih 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir pada Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor di i-City, kawasan perbandaran digital seluas 29 hektar di sini hari Jumaat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri Puan Sri Salbiah Tunut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada rumah terbuka itu.
Ini merupakan pertama kali kerajaan Selangor mengadakan rumah terbuka di i-City yang dianjurkan bersama syarikat milik kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Ia diadakan dari pukul 3 petang hingga 7 petang.






0 Comments
You can be the first one to leave a comment.