
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama “PAS Beruk” mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??” adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.
“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.
Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.
“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.
Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri ‘tazkirah’ dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada ‘tazkirah’ bagi mencetuskan polemik awam.
Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.
“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.
Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.
“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.
‘PAS Beruk’ didakwa sebar gambar palsu Guan Eng
Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.
Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai ‘PAS Beruk’.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan,” kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.
Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?”
Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.
“Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam,” katanya.
Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan “fantasi Umno” selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan ‘tazkirah’ dalam surau.
“Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.
“Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat,” kata Herman lagi. – Malaysiakini






3 Comments
salam untuk semua..Ahli-ahli politik se-Malaysia,Dari Ketua Mentri Malaysia sehinggalah kepada akar-umbi…baik apa pun parti anda payungi.saya anak Malaysia yang berugama Islam tetapi saya tidak selesa mambaca rencana-rencana yang memalukan se-sama Agama hanya kerana perbezaan pemikiran politik…Apa kata, sudah tiba masanya UMNO,PKR,PAS…baik yang beserban,berjubah atau berkot dan bertali leher menjadikan parti itu sebagai platform untuk penyatuan..satu pemahaman,satu pemikiran,satu persefahaman,satu UGAMA yang dianuti…Apakah terlalu sukar untuk “Bersatu Teguh Bercerai Roboh” atau perlu tunggu “Kabel” dari “Atas” memberi arahan baru hendak Bersatu…Andai hendak tunggu “Ilham” sudah bermacam-macam ilham diterima,hendak dapat “Alamat” sudah banyak juga sampai sudah tersalah alamat pun ada..yang Tsunaminya,kemaraunya,kebakarannya,puntingbeliungnya dan kematiannya…tetapi tetap juga tiada “Penyatuan”…gejala sosial semakin berkembang pesat,dengan isu rasuahnya,bila hendak “Bersatu” cuba perhatikan bangsa asing..Bangsa Melayu Berugama Islam Yang Bersatu Memimpin adalah satu BANGSA yang disegani,dihormati dan disanjungi.Yang sudah tu sudahlah… Harta,Pangkat,Kedudukan yang anda idamkan dan miliki tidak kemana..Jadikanlah Kematian Jutawan Kosmetik “Tersohor” sebagai Iktibar..Satu “Kabel”pun Tidak Boleh Tolong…Cuma apabila Berita Kematian beliau diterma..Masing-masing mulut “TERLOPONG” kerana tiada seorang pun yang mampu mengutip abu mayat yang telah beterbangan disatukan sebelum dimandi untuk dikapan dan ditanamkan….Ada ke selepas ini akan dikeluarkan pula “Fatwa” Baru bagaimana cara hendak mengtarbiahkan mana-mana jutawan yang mati sedemikian..Renung2kan.
saya sokong pendapat anda…..
asyik leka dengan perjuangan politik yang tak berpenghujung meeka ini telah memalukan bangsa sendiri di mata dunia….gejala yang melanda masyarakat kita mereka tak nampak tapi cari kesalahan orang mata mereka amat peka sekali…tak kisahlah mana mana parti sekalipun…