NEW DELHI, 22 Mei – 158 penumpang pesawat Air India dilaporkan maut dalam nahas di selatan India awal pagi ini.

Pesawat itu dilaporkan meletup sebelum terbakar di udara, demikian menurut laporan stesen televisyen tempatan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang berjaya diselamatkan dari nahas pesawat Air India yang terhempas dengan 166 penumpang di bandar Mangalore, selatan India awal hari ini.

Maklumat terkini yang kami terima, lapan orang diselamatkan dan dikejarkan ke hospital di Mangalore untuk menjalani rawatan.

Air India sangat sibuk sekarang untuk mengesahkan jumlah sebenar korban, kata pengarah kakitangan syarikat penerbangan itu, Anup Shrivasta dalam satu penjelasan ringkas di MUMBAI.

Tags: