GEORGETOWN 20 Ogos – Siasatan awal mendapati tidak berlaku dakwaan kononnya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, disebut dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim, berkata dakwaan seperti itu hanya semata-mata membabitkan ‘dengar cakap’.
Ini kerana, katanya, semakan ke atas teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) sebulan sekali yang dihantar ke semua masjid, tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
“JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak bagi tujuan itu.
“Malah, peraturan JHEAIPP dengan jelas menyebut jika ada pentadbiran masjid ingin menjemput khatib dari luar, mereka perlu mendapat kelulusan JHEAIPP terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah,” katanya.
Beliau menegaskan tiada seorangpun orang Islam yang waras akan menukar nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng.
“Tidak ada insan yang waras otaknya yang melakukan perkara ini,” katanya sambil menambah perkara sedemikian tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana mempunyai kesan yang serius.
Beliau berkata, kerajaan negeri percaya ada pihak cuba mensabotaj kerajaan pakatan pembangkang dengan menyebarkan dakwaan seperti itu.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Naib Presiden UMNO itu juga dilaporkan mempunyai bukti kukuh dan akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis menerusi Biro Agama UMNO negeri yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.






4 Comments
Perkara begii bukan bolehmain-main. Masakan ada si bahlol yang nak bukak cerita bahaya ni kalau tak betul. Yang membaca khutbahpun dah mengaku. Katanya tak tak salah tapi tak kena tempat. Orang macamni pun ada dalam dunia ni. Apasal tak doakan sekali Lim Kit Siang, karpal Singh dan keluarga mereka? Pelik betul dunia politik ni. Betul-betul menunjukkan kelemahan orang islam. Ampunkan dosaku Ya Allah.
hmm you ni org islam ke apa.. yang dia ngaku dia doakan supaya Allah beri hidayah kepada guan eng terima islam..
nabi pun doakan supaya saidina umar masuk islam semasa dia masih kafir..
cakap guna kepala otak bukan guna kepala lutut hang..
Kalau dah buta hati tu, taik pun wangi. Nak samakan Guan Eng dengan Saidina Omar? Nauzubillah.
psai pa plak xdak si bahalol yg bukak cerita? dunia la ni mcm2 org dok ada.. hang nk kisah apa..