
Akhbar arus perdana, menteri-menteri, para mufti gegak gempita seantero Malaysia bila seorang YB wanita dari DAP hadir menyampaikan bantuan di sebuah surau. Namun isu menutup aurat atau bukan Muslim masuk surau atau masjid akan menjadi 'HALAL' jika ia dianjurkan oleh UMNO.
ALOR SETAR 31 Ogos – Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.
Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.
Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.
Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.
“Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.
“Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.
“Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka,” katanya lagi.
Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan.






4 Comments
Yang Teramat Mulia Permaisuri Agung adalah “CONTOH” TERBAIK untuk setiap wanita..kecantikan,keayuannya,susuk tubuhnya walaupun sudah menjadi seorang ibu.sudah ada contoh yang Terbaik pun masih Tercari-cari dan masaalahnya bila ditegur..akan bergegar suara “Women’s Power” dan “Women’s Right”.Kepada kak mah ke.. kak jat ke..kak pah ke..Andai rupa kita tak comel tak mengapa..biarlah hati kecil kita sesuci embun pagi…sebersih salju memutih menutupi kalbu…tetapi bila jasad kita sudah beterbangan seperti seperti debu-debu yang beterbangan…”Ayooo…mau nangis itu masa pun sudah tarak lagu…” ALLAH SWT hendak menguji terlalu mudah dengan semudah “KUN” maka “JADILAH”.. dan hendak memberi pun sama juga. tetapi andai sudah tertutup pintu hati…tiada “NUR” dan “HIDAYAH” yang terbit Darinya..Berdoa saja lah kita agar Terbuka juga akan Hatinya….
pemakaian tudung adalah satu kewajipan yang dituntut oleh islam kerana ianya menutup aurat, kalau sekiranya isteri menteri memakai tudung ianya sudah tentu menjadi ikon kepada rakyat jelata, pemakaian selendang itu umpama menutup kepala dengan sehelai kain batik saja, apa gunanya selendangnya lebar tetapi sehelai rambut pun tak tertutup, sendiri mau ingatlah….
Firman Allah dlm Surah An Nisaa’(Wanita) Ayat 61 : Apabila dikatakan kepada mereka , “ Marilah kita tetapkan hukum sesuai dengan apa yang telah diturunkan Allah (al-Quran) , dan yang telah ditetapkan Rasul,”
kamu lihat orang-orang munafik berusaha menghalangi orang lain untuk tunduk kepadamu.
Persoalannya mengapa Datin Sri terlalu berat hati untuk menjunjung perentah Allah dan Rasul dlm masalah menutup aurat sepenuh? Renungilah ayat-ayat Quran yang berkaitan berhubung masaalah aurat.Cuma sebahagian lagi yg belum ditutup , iaitu bahagian Rambut. Alangkah tingginya penghormatan rakyat Malaysia jika Datin Sri berbuat demikian. Pertama , bersempena sekembalinya dari menunaikan Ibadat Haji Datin Sri sekarang bergelar Hajjah. Title yang sungguh bernilai tinggi pada mukallaffah muslimah mukminah. Bererti Datin Sri Hajjah Rosmah Mansor telah melakukan pembersihan rohani daripada segala dosa menjelang penghujung hidup di dalam dunia yang bersifat sementara ini. Kerana setiap manusia tak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Bukanlah dianggap janggal atau luar biasa jika diteruskan penutupan aurat sepenuh sebagaimana dilakukan ketika berada di Makkatul Mukarramah. Semua Hajjah yg berada di sana dari seluruh dunia menutup aurat seluruh. Samaada manusia rendah atau tinggi darjat semua sama di sisi Allah asalkan bertaqwa. Buktikan dan hayatilah doa yang dihambur ketika berada di sana . Tidak akan ada sesiapa pun mempersoalkan sesuatu apa pun jika selepas ini dilakukan perubahan setimpal dg tuntutan Allah dan Rasul walau dicemuh oleh mereka yang berpenyakit hatinya. Malah Datin Sri akan mendapat kurnia yg tidak terhingga di sisi Allah kerana turut menyumbang dari segi DAKWAH kerana mempengaruhi semua rakyat menjadi lebih baik.