Kelantan peruntukkan bantuan khas duit raya RM2.2 juta kepada 5,000 kakitangan negeri
KOTA BHARU 31 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bantuan khas tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam kerajaan negeri bermula daripada gred 54 ke bawah.
Katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.2 juta untuk tujuan pemberian ‘duit raya’ berkenaan kepada semua kakitangan awam negeri Kelantan.
“Sumbangan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam dan ia bertujuan meringankan beban mereka bagi membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Saya berharap wang ini digunakan sebaik mungkin dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya, jangan pula ada duit lebih kita boros berbelanja kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. - Mediakini






0 Comments
You can be the first one to leave a comment.