KOTA BHARU 25 Ogos – Seorang bapa berusia 33 tahun yang dipercayai menyembelih anaknya hidup-hidup di rumah mereka di Kampung Sungai Budor semalam, ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa ketika suspek menerima rawatan akibat kecederaan di leher di Wad Bendahara, Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.
Prosiding yang bermula pukul 11.05 pagi berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira 20 minit kemudian.
Ketika ditanya Rashid adakah dia ingat tentang kejadian semalam, suspek hanya menggelengkan kepala.
Suspek juga mendiamkan diri apabila diberitahu dia ditahan reman mulai hari ini sehingga Ahad depan dan menjawab ‘tidak tahu lagi’ semasa ditanya sama ada dia ingin melantik peguam. – Utusan Malaysia






1 Comments
[...] Suspek direman 5 hari [...]