KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai disembelih bapa kandungnya di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 11.40 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala lelaki yang menyerangnya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih dirinya sendiri.
Menurut datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, beliau menyedari kejadian itu setelah diberitahu oleh anaknya, Nik Suzila, 32 iaitu ibu kepada Adam Muzzaffar.
Nik Hashim, yang ketika itu sedang berehat di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa, terus menghubungi polis yang kemudian menahan lelaki itu dan merampas sebilah pisau di tempat kejadian.
Lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 33 tahun dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Lelaki itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kota Baharu, dipercayai sudah lama tidak makan ubat bagi rawatan penyakit mentalnya itu.
Adam Muzaffar adalah anak kedua daripada tiga beradik.
Ketika kejadian, adik bongsungnya, Suhaida, 2, ditinggalkan oleh ibunya di rumah Nik Hashim kerana menolong jirannya melapah ayam.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim yang ke tempat kejadian, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh. - Bernama






4 Comments
[...] Berita Lanjut [...]
takziah buat keluarga mangsa..semoga roh adik Mohd Adam dicucuri rahmatNYA…..AMIN
Astarghfirullahhala’zim…..Moga roh adik Adam ditempatkan di tempat paling indah di alam sana.x terkomen rasenyer ttg peristiwa yg berlaku.Moralnyer…..pesakit mental…mesti diawasi selalu…….
bape yg gila,ape nk jadi zmn sekarg..
sangup pulak bape die bunuh anak kandungnye..
nie anak kandung bukan anak tiri..
ya allah..