KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Nik Mat, hari ini menegur sikap sesetengah rakyat negeri Kelantan yang tidak menjaga kebersihan dan pengotor sehingga menyebabkan kes-kes demam denggi naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

“Saya kesal kerana masih ramai rakyat tidak ambil berat mengenai kebersihan sejak dulu lagi sehingga menyebabkan wabak penyakit berjangkit mudah berlaku di Kelantan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Ihya’ Ramadan peringkat Masjid Kotas Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga 24 Julai lalu, 1,707 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Kelantan yang membabitkan lima kematian, berbanding 1,031 kes dan satu kematian dalam tempoh setahun lalu.

Sempena majlis itu, Mursyidul AM PAS itu turut menyampaikan sumbangan wang daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kepada golongan kurang upaya, termasuk kalangan bukan Islam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aisi Alias dan Ketua Eksekutif PMBK, Ir Mustapha Salleh. [Berita Harian]

Tags: