
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan jangan berhenti berdoa selagi kerajaan pusat tidak memberi wang royalti minyak kepada kerajaan negeri. (Video)
Sambil membidas kerajaan pusat yang terus menerus menyebut akan hanya memberi wang ehsan kepada Kelantan Nik Aziz memberi ingatan bahawa tindakan sebegitu akan hanya menambahkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.
Tok Guru turut menyifatkan pemimpin pusat cuba membohongi rakyat apabila menyatakan wang ehsan berkenaan disalurkan untuk faedah rakyat Kelantan.
Sedangkan kata Nik Aziz, wang royalti minyak berkenaan bukan untuk kegunaan peribadi pemimpin PAS atau kerajaan negeri bahkan ia juga untuk rakyat dan Kelantan lebih berhak mengurus sendiri wang royalti berkenaan.
“Dia dok sebut dalam surat khabar nak bui (beri) ke rakyat, tak sir bui (kepada kerajaan negeri).. hei mu kena reti.. hei kerajaan Kuala Lumpur.. mu nak bui ke rakyat tu.. mu fikir kalau mu bui kat aku (kerajaan Kelantan) aku masuk dalam poket ke?
“Aku bui ke rakyat juga.. biar reti.. jangan dok belit-belit begitu.. orang koho (makin) benci ke mu kalau mu kecek (cakap) bohong,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguan beliau di Dataran Ilmu, pagi tadi.
Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas kuliahnya Nik Aziz yakin kerajaan Kelantan mampu menguruskan wang tersebut secara adil dan telus kepada rakyat.
“Hampir 20 tahun saya pegang Kelantan dan tidak ada sebarang kes bahawa saya salah guna duit kerajaan.
“Jadi hak lepas dah sebagai bukti (selama) 20 tahun.. pegawai saya begitu sekali setia, amanah, tidak ada berlaku (tuduhan) rasuah..
“Jadi oleh yang demikian.. harapnya dan yakin saya bila mari duit petrol ini saya lakukan perkara yang sama (tanpa amalan rasuah dan salah guna duit)..
“Kerana kita sebagai orang Islam ni ada (pegangan) yang kita panggil dosa pahala.. Orang yang tolak Islam ni langsung tidak ada dalam kepada dia dosa pahala..,” katanya.






2 Comments
amboi3x.. kalau bab pitih.. bukan main lagi ek!!! bermuke2 nampak… hahaha
nampaknye, x lame lg kaye rayer la ko ek! cm hantu raye dgn toyol ……
hihi
ini bkan psal kaya raya sdara, ini psal hk,, knp xnk bg hak org.. lpar sgt ker hak org..