Pegawai JKM palsu cuba memperdaya orang ramai.BUTTERWORTH – Ada pihak cuba menjatuhkan imej Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan menyamar sebagai pegawai JKM dan menabur janji kosong kepada orang ramai berhubung wang bantuan.

Itu pendedahan Pegawai JKM SPU, Mohd. Rahim Mohd. Alif setelah pihaknya didatangi dua individu untuk menuntut bayaran seperti yang dijanjikan oleh pihak berkenaan.

“Menurut mangsa, mereka dihubungi oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai JKM dan meminta mangsa datang ke pejabat JKM untuk menerima bantuan sebanyak RM1,000 sehingga RM2,000.

“JKM tidak pernah menawarkan bantuan sebanyak itu dan kita percaya ia merupakan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan menjatuhkan imej jabatan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Aidilfitri oleh Yayasan Kebajikan Negara kepada 255 penerima dari seluruh Parlimen Tasek Gelugor di Sungai Dua di sini semalam.

Tags: