KOTA BAHARU 10 Sept – Polis menemui mayat seorang lelaki selepas dipercayai dipukul oleh penduduk kampung kerana disyaki cuba mencuri kabel telefon di Kampung Limbat, Chekeli, dekat sini, awal pagi Jumaat.
Mangsa berusia 41 tahun berasal dari Kampung Baung, dekat sini, ditangkap ketika dia cuba melarikan diri untuk bersembunyi di sebuah rumah selepas dikejar oleh penduduk yang sedang membuat rondaan, kira-kira pukul 4 pagi.
Bagaimanapun, rakan mangsa sempat melarikan diri dalam kekecohan itu.
Seorang saksi, yang juga pemilik rumah terbabit, Mohamad Abdul Rahman, 69, berkata beliau terkejut daripada tidur apabila mendengar suara orang ramai bising seperti mengejar sesuatu di hadapan rumahnya.
“Setelah membuka pintu, saya nampak orang ramai berada di depan tangga rumahnya bersama seorang lelaki diikat tangannya ke belakang.
“Saya cepat-cepat menutup pintu kerana takut terjadi apa-apa sambil menghalau mereka pergi,” katanya.
Katanya sejak kebelakangan ini kejadian pecah rumah sering berlaku di kampung itu dan ini menyebabkan penduduk terpaksa mengadakan rondaan keselamatan setiap malam.
Penduduk kampung terbabit menghubungi polis untuk membawa mangsa tetapi dia dipercayai meninggal dunia sebelum polis tiba di kampung berkenaan.
Menurut sumber polis, lelaki itu memang dikehendaki polis kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Baharu atas kes pecah rumah, Ahad ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zaharuddin Abdullah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.
“Kita akan menyiasat dari beberapa aspek, termasuk punca kematian lelaki itu dan kes-kes jenayah yang melibatkannya,” katanya.






4 Comments
Agama kita Islam, tidak mengajar penganutnya menjatuhkan hukuman keatas sesama umat..Dah mati lagi seorang kena belasah… Sudah ditangkap kerana mencuri tetapi mengapa tidak diserahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk dijatuhkan hukuman.Dosa membelasah dan membunuh itu lebih kejam kerana mengambil undang2 sendiri akibat tidak dapat mengawal perasaan marah. dari kes mencuri kabel sudah jadi kes membunuh pula…dimanalah sifaf-sifat sabar sebagai penganut yang berUGAMA “ISLAM”…
betul kta fairus,knpe mangsa tu dihukum dgn hukuman buat sendiri klau dh dpt tngkp serahkn la pda pihat polis kn negara kita ade undng2 biarla hukuman yg tentukn dia.dh bnyk trjdi kes mcm ni yg mangsa meninggal.
undang2 dunia tak sama dengan undang2 islam.. anda kena faham yang itu dulu..
Kes ke-2:
Daripada Abi Hurairah, dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasuli Llah, dan dia berkata, “Ya Rasula Llah, apakah pendapat kau jika datang seorang lelaki yang mahu mengambil harta aku?” Baginda berkata: “Maka janganlah kau berikannya harta kau”.
Dia berkata, “Apakah pendapat kau jika dia melawan aku?” Baginda berkata: “Lawanlah dia”.
Dia berkata, “Apakah pendapat kau jika dia membunuh aku?” Baginda berkata: “Maka kau adalah syahid”.
Dia berkata, “Apakah pendapat kau jika aku membunuhnya?” Dia berkata: “Dia di dalam api neraka” [Muslim/ 140]
dalam common law… terlalu banyak kepincangan.. which is kita tak boleh menganiaya itulah inilah, sedangkan kita dipihak yang benar… tetapi dalam hukum syariah… sebenarnya dah tertulis.. kita memang boleh membunuh pencuri.. wallahualam