Tengku Muhammad Fakhry Petra

Tengku Temenggong sifatkan penderhakaan, serah pada undang-undang

KOTA BHARU 11 Sept – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra enggan mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut kekanda beliau, Tengku Muhammad Faris Petra bakal dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Isnin ini.

Anakanda ketiga Sultan Ismail Petra itu turut mempersoalkan jika benar istiadat berkenaan benar-benar berlangsung sebagaimana laporan akhbar berkenaan.

Tengku Fakhry ketika ditanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Mahkota, Kubang Kerian semalam bagaimanapun mengakui masih belum membaca laporan tersebut.

“Saya belum baca artikel itu lagi.. tapi (pertabalan) saya rasa boleh buatlah (dilangsungkan).. (tapi) ikut undang-undang saya rasa mungkin tak boleh buat, jadi bagi saya siapa yang buat tu macam (dikira) penderhakaanlah.

“Di Malaysia ni kita ada undang-undang.. (kalau majlis berlaku juga) saya tak tahulah.. Kalau langgar undang-undang apa patut berlaku?” Soal beliau di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Mahkota Kubang Kerian di sini, semalam.

Pada majlis itu, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.

Tags: