Tumpaskan pemain no. 2 dunia, Novak Djokovic dalam pertarungan 4 set
PEMAIN tenis nombor satu dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal melengkapkan karier profesionalnya apabila memenangi Kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat 2010 di Stadium Arthur Ashe, New York sebentar tadi.
Dalam aksi final itu, Nadal menundukkan pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic dari Serbia dalam pertarungan empat set 6-4, 5-7, 6-4, 6-2 yang memakan masa selama tiga jam 43 minit, sekaligus menempatkan dirinya dalam kelompok legenda tenis dunia yang menang semua empat gelaran Grand Slam.
Perlawanan akhir itu sepatutnya dilangsungkan semalam tetapi ditangguhkan akibat hujan lebat.
Sebelum ini Nadal belum pernah mara ke perlawanan akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat dan merupakan satu-satunya gelaran Grand Slam yang belum pernah dimenangirnya sebelum ini.
Selain Terbuka Amerika, Nadal adalah juara lima kali Terbuka Perancis (Roland Garros), menang dua kali Kejohanan Wimbledon dan sekali muncul juara Terbuka Australia.






0 Comments
You can be the first one to leave a comment.