KAHERAH 6 Feb – Televisyen Al-Arab menarik balik laporannya mengenai pengumuman Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokatik Kebangsaan, semalam.

Siaran televisyen negara itu sebelum ini melaporkan, Presiden Mesir itu meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi parti tersebut selepas anaknya, Gamal Mubarak dan setiausaha agung parti itu mengumumkan perletakan jawatan masing-masing. – REUTERS/Utusan

Laporan awal:

Hosni Mubarak letak jawatan Presiden Mesir
06/02/2011 2:16am

KAHERAH 5 Feb – Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. – REUTERS/Utusan

Tags: