JOHOR BAHRU: Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan malam tadi.
“Upacara pemasyhuran itu akan diadakan pukul 1 petang esok sebelum pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar,” katanya pada sidang akhbar malam malam tadi.
Melalui pemasyhuran itu nanti, Tunku Ibrahim bakal diisytiharkan sebagai Sultan Johor kelima dalam pemerintahan Kesultanan Johor.
Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahanda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.






1 Comments
AMPUNKAN PATIK BERIBU KALI AMPUN SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN.saya mendapat tahu Tunku Ibrahim Ismail adalah keturunan ke-8. mengikut adat istiadat istana melayu keturunan ke-8 tidak boleh menaiki TAHKTA. saya tidak mempertikaikan pemasyuran Tunku Ibrahim Ismail. sebagai rakyat jelata saya ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya. dan juga ada maklumat mengatakan waris seterusnya kini brada di MELAKA & SELANGOR. ADAKAH KENYATAAN INI BENAR? SILA BERI KATA BALAS KEPADA SAYA MELALUI E-MAIL SAYA.