
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Sebahagian ruang pejabat bangunan tujuh tingkat ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini, musnah dijilat api dalam kebakaran hari ini.
Kebakaran pukul 8.30 pagi itu disedari seorang kakitangan di bangunan tersebut ketika ingin memulakan kerja.
Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Fazlee Alias memberitahu, seramai 26 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan. – Utusan
Pejabat Agung Pas Diselubungi Asap Tebal
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Beberapa petugas di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di sini sempat menyelamatkan diri apabila pejabat mereka di tingkat satu bangunan itu diselubungi asap tebal pada pukul 8 pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata asap tebal itu berpunca daripada kotak suis di tingkat satu yang terbakar.
Bomba menerima panggilan pada 8.41 pagi dan dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit dan Sentul dengan 16 anggota dihantar ke tempat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian didapati ruang pejabat itu telah dipenuhi asap, bagaimanapun kebakaran tidak begitu teruk,” katanya. — BERNAMA
Pejabat Agung PAS terbakar
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.
Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.
Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.
Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.
Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.
Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.
Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.
Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh ‘merger bank’ iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.
Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.
Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.
Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5. — Harakahdaily






1 Comments
bangunan ini mempunyai sistem kawalan asap x? jika ada adakah system ini berfungsi dengan baik?