- Kesemua 4 yang hilang mati dibakar
- Abu mayat dibuang di Pantai Morib
- Polis tahan 7 individu termasuk peguam bergelar Datuk
Empat mayat rentung ditemui di Morib
KUALA LUMPUR 11 Sept – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
- Sosilawati mati dibunuh di Morib
Mayat dibakar di ladang ayamKUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. – KOSMO






84 Comments
Masya-ALLAH…..dengar jugak berita @nightline TV3 mengenai penemuan di pantai morib..jika benar…pembunuh beliau dan rakan-rakan harus dihukum.
Kesimpulannya…Malaysia seakan semakin tidak selamat…..
Subhanallaah kejamnya manusia yg berjiwa binatang?syaitan..dia tau tak pembunuhan itu d benci Allah dan akan d persoalkan d akhirat kelak,
Seolah2 malaysia skrg ni tempat tak selamat ..hari2 ada je kes seumpama itu..mana perginya iman..mungkin inilah tanda2 dunia dah hampir kiamat..
sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak..yang dua orng hilang tu apa cite??memang bahaya org kenamaan ni
manusia lebih binatang dari binatang itu sendiri tahniah ketua polis negara yang baru yang begitu cepat menangani kes ini biarpun baru menyandang tugas yang mencabar ini
Innalillah wainna ilaihi rooji’uun..
ye pembunuh patut dihukum..
[...] – http://mediakini.com/berita-terkini/sosilawati-dibunuh.html [...]
Innalillah… Kasi hukum hudud terhadap pembunuh. Harta dunia hanya daki, akhirat jua yang kekal abadi… Polis dan SPRM tolong periksa segala harta peribadi datuk pembunuh tu… mana tau, sumber tak halal.
balasan setimpal dari Allah
Adiputra, kau cakap bebaik sikit…tak usah nak memandai … kau tak ada dosa ke ?
Adiputra, cuba faham sikit perasaan keluarga mangsa. Takkan dalam kesedihan mereka, u nak tulis komen macam tu …
Apalah cakap macam tu … manusia yang tak ada kemanusiaan. suatu hari nanti kena batang hidung sendiri, Insyaallah …Allah maha kuasa …. Amin
Mungkin maksud dia, balasan setimpal dari ALlah utk pembunuh2 tersebut.
Setuju, saya jga yakin mmg itu maksud Adiputra.
org yang da tiada jangn dicerita benda lain melainkan hal2 yg baik shaja ..hormat sikit org yang sudah tiada
Mungkin maksud sdr adiputra ialah pembunuh mendapat balasan setimpal dari Allah.. wallahua’lam..
Setuju, mmg itu maksud Adiputra.
saya pn rasa begitu mksud adiputra..
ALLAH ITU ADIL…MEREKA YANG BERSALAH AKAN MENDAPAT BALASAN…AL FATIHAH UTK SEMUA KELUARGA MANGSA..BERSABARLAH…KITA DIUJI KERANA ALLAH BERSAMA KITA DAN INGIN KITA TETAP BERSAMANYA…MENGADU DAN SUJUDLAH PADA ALLAH WALAUPUN HAKIKATNYA ALLAH SUDAH PUN TAHU APA YG TERBUKU DIHATI MANUSIA…NAMUN TADAHLAH KEDUA TGNMU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADANYA..
Hei.. kalau nk Berkomen2 tu, elok2 ar… Ko ni mmg x de belas kasihan…
bukankah simati punye banyak kontroversi dgn bekas suaminya NASH sehinggakan dia dilabelkan sbgai perempuan/isteri nusyuz…tp itu dulu….
semoga rohnya dicucuri rahmat….
Moga Adiputra maksudkan balsan ke atas pembunuh bukan ke atas mangsa. Jika ia maksudkan ke atas mangsa, ia adalah satu kenyataan yang tidak perikemanusiaan. Jangan menuduh orang jika tak tahu hujung pangkal dan kebenarannya.
Allah hu Akbar
Innalillahi….” YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI PERLINDUNG DENGAN MU DARI SEGALA MUSIBAH, MALA PETAKA, BALA BENCANA SERTA UJIAN YG TIDAK KAMI MAMPU MENGHARUNGI DAN MENGHADAPI NYA. YA ALLAH YA TUHAN KAMI , LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN, KEZALIMAN DAN PENINDASAN DARI KALANGAN MANUSIA YANG MENGANIAYA SERTA KEJAHATAN YANG MELATA.” YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA..AMIN
Salaam.
Come on you people. Kita semua tahu akan komen yg terlalu lazim seperti ini. Buatlah komen yg berbeza sikit.
Penemuan mayat dibakar perlu dijalankan ujian DNA dan penemuan 6 suspek sudah tentunya dipaksa ‘cara’ polis utk dapatkan maklumat. Tapi mungkin sukar utk kenalpastikan DNA selepas 12 hari sejak 30 ogos lalu. Sgt berharap suspek2 termasuk Datuk diberitahu pada media. Dahsyat sungguh org2 ini.
Motif belum kenalpasti dan mungkin hari ini kita akan tahu. Yang Datuk suspek tu harap kita tahu siapa dia sebelum dihukum.
kalau apa yg dikatakan 2 org yg berurusan dgan dia hilang tu betul,memang dia manusia bertopeng binatang hanya kejar harta dunia sahaja smpai lupa daratan
Sedih dengan kehilangan Sosilawati. Sedih juga dengan sikap manusia yg dah takutkan Allah dan hilang kewarasan dalam mengejar kemewahan. Semoga pembunuh mendapat balasan yang setimpal.
Sedih dengan kehilangan Sosilawati. Sedih juga dengan sikap manusia yg dah tak takutkan Allah dan hilang kewarasan dalam mengejar kemewahan. Semoga pembunuh mendapat balasan yang setimpal.
“Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.”
Sering terlepas dari tindakan undang-undang? Adalah kali ini beliau akan terlepas lagi dan kes ditutup begitu saja?
Apa pun sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Salam takziah!
sering terlepas…??? eee…takutnya. mungkinkah saya mangsa seterusnya?
Kami warga Selangor khususnya duduk di kawasan berhampiran Morib & Banting mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Mungkin ada tersirat dan tersurat terjadinya sesuatu perkara. Semak dan muhasabah diri. Semua kekayaan kita hanya bersipat sementara.
terlalu sedih mendengar berita ini….
mengapa ya sampai sanggup membunuh 4 orang sekali gus…
untuk apa????
Al Fatihah untuk keluarga semoga roh mereka di tempatkan bersama roh mereka2 yang beriman, aminn
Jenayah bunuh semakin berleluasa.. Penjenayah kejam tidak sepatutnya terlepas begitu sahaja.. semoga pasukan polis dapat mengumpul bukti yang cukup kukuh untuk mendakwa pembunuh dalam kes ini..
bila manusia semakin tamak
Takziah buat keluarga sosilawati Lawiya …
sungguh terperanjat mendengar berita pembunuhan ini…..dihari baik bulan baik ni…kita doakan lah roh2 mereka yang teraniya ini dicucuri rahmat dan dan dihimpunkan bersama2 orang yang beriman…amin
salam takziah pd keluarga datuk sosilawati..
jika berita ini benar, diharapkn pihak polis dpt mncari pmbunuh sampai ke lubang cacing jika tidak ramai lg akn mnjadi mangsanya.. bile phak polis gagal mnangkap pnjenayah ini, pnjenayah2 dluar sana pasti akan lbh berani mlakukn aktiviti2 mreka kerna mreka sudah pasti yakin yg pihak polis tidak akn dpt mmberkas mreka.. apa2 pn gud luck pd pihak polis.. we know pihak polis sure can do it..
sesungguhnya si pembunuh tiada perasaan belas kasihan langsung…kepada pihak polis,semoga dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin..jgn sampai ada yg terlepas..kepada keluarga mangsa semoga tabah dgn ujian Allah ini,redha atas ketentuanNya..salam takziah..
Saya amat sedih atas berita ni… Dibunuh lepas tu dibakar pulak… sy ingatkan dia dibunuh kerana duit tapi tiada tebusan pUn dibuat.. muNgkin angkara CEMBURU…ada org yang dengki atau pun nk balas dendam KOt..
apa apa pun.. saya nk ucapkan takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati ni…
al~fatihah
pembunuh haruslah di cari sampai dapat.. jangan ditutup kes ini begitu sahaja!!! negara semakin tidak selamat…
Inna Lillah.. wa inna ilaihi roojiuun.
Mohon perlindungan Allah drpd kisah2 tragis spt ini. adakah nyawa kita, anak2 kecil kita tidak selamat lagi..
sama2 muhasabah diri, ajal maut bila2 saja akan menjelma sama ada kita mahu atau tidak.
menakutkan….
al-fatihah..semoga seluruh mangsa tabah menghadapi dugaan di hari dan di bulan baik ini..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..semoga ALLAH membalas segala pebuatan di atas perlaku yg melakukan perbuatan yg x berhati perut ini..org ini tidak layak bergelar manusia..nanguzubillahh!!!!
Al fatihah untuk mangsa sekeluarga. Apa yg aku tak puas hati, datuk yg jd suspect tuh ada connection ngan vip dan sering terlepas! Nampak sgt perlembagaan tak telus. Janji ada pangkat dan duit sket bebas ah nak buat jenayah??
walau bnyk salah pun simati.kita x berhak menghukumnya.salam takziah…cari pembunuh sampai dpat.
Astafirullah…napelah smpi tahap bunuh membunuh, hidup didunia ni hanya sementara je. Adakah ianya berpunca dari DUIT ? Semoga ada pembalasan yg sewajarnya dari Allah swt. Takziah
hrp2 pihak polis dpt tgkp pmbunuh yg sbnr, & bkn ‘pmbunuh wyg’ sj utk skdr mnutup kes sprtimana yg pnh trjd dlm kes altantuya @ mgkn juga norita..
masyaAllah.mengapalah manusia sudah tidak takut untk melakukan dosa lagi?adakah mereka tidak tahu bhawa dunia semakin kiamat?adakah mereka tak penah memikirkan akan perasaan anak2 si mati?adakah mereka tak penah memikirkan apakah hukuman yg bkal dlalui oleh mereka?sesungguhnya hidup mereka dilaknat tuhan..
masyallah…ape dah jadi dgn dunia…hari nie…apa pun saya belum boleh terima hakikat nie…yg sentiasa mengikuti perkembangan cerita beliau..apapun al fatihah…..
innalillah.. mcm x pcaya.. sad ending akhirnya.. al=fatihah bt arwah2.. takziah bg family yg tlibat..
Allah Maha Adil
kali ini datuk keparat x mungkin terlepas… Dari hukuman dunia dan akhirat!
kenapa yang kecoh sangat nih? Bahagian Forensik belum mengesahkan DNA mereka, jangan buat sebarang spekulasi dulu sebelum pihak yang berkenaan ( forensik) mengesahkan kematian mangsa. Manatau mereka masih disembunyikan lagi….tak sabar2 lah korang nih nak kasik komen….STOP spekulasi…..KITA NANTIKAN DULU JAWAPAN DARI JABATAN FORENSIK
SEANDAINYA BENAR APA YG DILAPORKAN…TAKZIAH……..ALFATIHAH…..SIAPA PUN YG BERSALAH…TIDAK WAJAR TERLEPAS…
JGN ADA YG SANGGUP JADI KAMBING HITAM LG UTK KES BERPROFIL TGGI SPT INI…
PIHAK POLIS, DAN PIHAK BERKUASA DIMINTA TELUS DAN JUJUR..AMANAH MENJALANKAN TUGAS…
APA PUN GELARAN, PANGKAT, JAWATAN DAN KEPENTINGAN INDIVIDU YG TERLIBAT DENGAN VVIP DLM PENTADBIRAN NEGARA..ANDAI TERBUKTI BERSALAH…HUKUMLAH…JGN TAKUT..WALAUPUN KEBENARAN ITU PAHIT NAMUN ITULAH KEBENARAN..
BERTINDAK BERPAKSIKAN IMAN..BERPANDUKAN AKAL BERSAKSIKAN ALLAH…KAMU TIDAK AKAN TERLEPAS…..
yang bunuh-membunuh nih yang bestnya orang Melayu jugak kan? tepuk tanganlah pada orang melayu, tahniah!! Mak Bapak susah2 carik duit nak besarkan kau, sampai kau masuk universiti, dah jadik peguam bijak pandai, kau punya bodoh…kau pilih jadik pembunuh?.. Bodoh badigol betul lah nko peguam dan doktor… Bila manusia dah lari dari ajaran Islam, solat pon dah malas nak buat, asyik carik duikk jer…inilah produk yang dihasilkan oleh tangan-tangan kita, pembunuh!!
Apa nak jadik dengan bangsa melayu yang semakin L.A.Y.U? Semua insitusi pendidikan dan mak bapak kena lebih ambil berat untuk educate anak-anak kita tentang hidup sayang menyayang sesama umat Islam, dan ajar mereka tentang kasihan mengasihani sesama kita…
Moga, kesemuanya jadi pengajaran untuk kita semua…..
im too sad to be malay, buat malu jer…buatlah perangai lagi yer…
Sila baca blog mazidulakmal, semua suspek islah bukan melayu
yap2
ya betul india yang terlibat walau apa pun agama semua melarang perbuatan jenayah dilakukan dan semua agama megajak manusia berbuat baik cuma manusia aje yang ingat dia tak mati tongkat langit kut tak de hari pembalasan agaknya biarla hukuman dunia setimpal dan akhirat lebih berat aMIN
kita tak boleh nak salahkan melayu coz kita tak tau bangsa apa yang bunuh tu.. jangan Malu jadi Melayu sebab empat2 org yg meniggal tu semuanya berjaya..arwah pun jutwan Melayu yang hebat, peguam dia pun melayu yang hebat, pegawai Cimb n pemandu yang setia dgn arwah…sblum komen kena cek dulu bangsa apa…
n sumber terkini, semua suspek adalah India..So camana? jgn cepat menuduh..tapi bersedihlah sebab yang meninggal tu adalah Melayu..so lepas ni kita ambil langkah berhati-hati bila berurusan dengn pihak tertentu..lain kali nak beli tanah roger aku…aku pun agent property….
kenapa pulak yang bunuh2 mesti org melayu….apa semua orang melayu ni jahat ker?..ada yang kata datuk peguam2 berbangsa “i”. (sbb bagsa ni saje yg suka bakar mayat). cuma xboleh nk declare takut berlaku perkauman. kita tgk jelah nanti apa kesudahannya. Apa pun takziah buat semua keluarga si mati
melayu jerk……belum tentu islam…..
kalau kali nih ada wujud sistem “kambing hitam”??? emmMM….maka tak gunalah ada undang-undang lagi di Malaysia nih, elok kita jual jer negara kita pada Israel…itu lebih bagus!!!
kesian aku tengok gambar ahli keluarga mangsa
, memang gampang betullah pembunuh2 nih, tak berperikemanusiaan langsung, elok direjam dengan batu dikhalayak ramai sampai mati….
“Pembunuh ni Datuk. Mempunyai ramai kenalan org kenamaan. Pernah ada laporan polis berkaitan penipuan urusniaga tanah, sering terlepas drpd tindakan undang2 krn hubungan istimewa dgn org kenamaan”. Sapa bg dia gelaran Datuk? Org kenamaan mana yg back up dia? Sindeket terancang mana yg terlibat? Mcmana dgn kes sblm ni yg 2 pelanggan telah hilang? PDRM siasat habis-habisan,termasuk kes yg lepas. Kini Datuk Sosilawati telah tiada, itulah pengorbanan dan jasa terakhir beliau menyebabkan terbongkarnya penipuan demi penipuan oleh “Datuk Kebal” ini.Ingat PDRM, Datuk Sosilawati dan 3 rakannya telah mengorbankan nyawa mereka, barulah sindeket terancang ini tumpas. PDRM jangan pula melindungi org kenamaan yg melindungi Datuk Kebal ni.
Harap2 kita semua boleh ambil iktibar daripada kes2 terdahulu yang melibatkan orang2 kenamaan. 1-Norita Samsudin. Siapa yang bunuh norita? Sampai hari ini pembunuhnya masih berkuasa di luar sana. 2-Altantuya. Kalau betul 2 orang polis yang dihukum membunuhnya, siapakah dalang di sebaliknya? Masih juga berkuasa di luar sana.. Adakah kedua2 kes ini didalangi oleh ORANG yang sama? Sama2 lah kita fikirkannya. Dan adakah kes ini menjadi kes yang ke-3?
sifat manusia tlh bertukar menjadi binatang.byk yg tersirat dr tersurat.
ini dikatakan akhir zaman
hilang seorang usahawan dari bangsa melayu.lambang wanita yang mampu berjaya biar apepun masalah peribadinya.semoga aura semangat menjadi teladan pada wanita 2 malaysia
Gambar suspek dah keluar dlm http:gerakan-anti-pkr.blogspot.com
tertanya, siapakah identiti dato tersebut. Kenapa tidak diwar warkan. Kejdian yang sungguh trajedis… Sama2lah kita doa agar rohnya dicucuri rahmat. Takziah buat keluarga mangsa.
cilaka sial punya datuk, suka-suka kau jer bunuh semua orang melayu…bapak kau punya negara ker nih?
takziah pd keluarga mangsa..kes kedua teruk slps altantuya..
memang celaka dato ni..gantung ja dia sampai mampus.
Al-Fatihah kepada semua mangsa pembunuhan kejam manusia yang tidak berhati perut..bagaimanakah isteri-isteri mangsa akan meneruskan hidup bersama anak-anak yang masih kecil?semoga isteri-isteri mangsa tabah menghadapi ujian dari Allah SWT dan sekiranya ujian DNA yang dijalankan membuktikan ke empat-empat mangsa adalah mereka yang hilang, sama-samalah kita mendoakan semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..amiiinnn..
WALAU APAPUN BIARLAH MAHKAMAH MENENTUKAN HUKUMAN SETIMPAL DAN PEGUAM YANG BERTAULIAH DAPAT BUKTIKAN KESALAHAN DAN TALI GANTUNG TEMBAK SUNTIK KE RENJATAN LETRIK KE BIAR DIA 4 KALI MATI UNTUK WAKILI 4 NYAWA MANUSIA
[...] : mediakini This entry was posted in blog. Bookmark the permalink. UDM photography Competition : 1 UDM [...]
[...] : mediakini Tags: [...]
Al Fatihah buat semua mangsa—–Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa—-Kepada yang jadi pemangsa—–!!!!! tunggu hukuman yang dah memang tersedia!!!! jadi sendiri mahu ingat ler!!!! Lepas ni tahi kucing + tahi lembu tetap dilumur pada kamu semua(kpd pembunuh)!!!!!
bangkit la bangsa ku…….asl xkut sgt kita nak lwn depa…kali ni dah smpi pijak kepala melayu dan islam sehina-hina nyaaa..bangsat
[...] : mediakini Category: blog Leave a Comment You can follow any responses to this entry through [...]
moga2 penjenayah ni tak terlepas bila dah naik court..
bukan boleh harap sangat main ngan loyar buruk, dibelit2nya sampai kes tutup, kalau mamat ni terlepas alamak akan ada lagi la mangsa lain pula
takziah buat seluruh keluarga mangsa…jika benar kesemua mangsa telah dibunuh dgn kejam. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman dan beramal soleh… Harapan… moga penjenayah terbabit diberikan hukuman setimpal diatas apa yang mereka lakukan…. Al-fatihah..
takziah 4 smua kluarga mangsa yg trlibat……..bhati2lah hdup ddunia nie….
sekarang ramai penjenayah yng bertopengkan imej manusia baik dan terpelajar….inilah membuat rmai org terpedaya…..memang padailah berlakon…harap2 kali ini peluang utk hidup tertutup terus…
Salam, semua suspek telah bekerjasama dengan pihak polis dengan menemukan bukti-bukti kukuh. Semoga mereka yang jahil nih cepat didakwa dan hapus dari bumi lagi cepat lagi bagus. Semua harta dirampas dan diagihkan kepada kesemua keluarga mangsa. Jangan pula ada syarikat guaman yang membela mereka nih sebab tindakan membela tak ubah seperti mendokong kejahilan dan menyokong perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Semestinya pembela akan menafikan tuduhan dan cuba meragukan tuduhan supaya dapat melindung kesalahan binatang-binatang nih. PEMBELA HIPOKRIT NAMANYA TUH! Patut di kecam terus jika ada pembela yang sanggup membela mereka nih!
astag firullah, saya heran. dengan pembunuh kejam ramai insan yang tak bersalah tu, saya dengar dia mendapa gelar kehormat(datuk)dari raja-raja melayu, dan dia juga seorang peguam, lagipulak mempanyaie persahabatan akrab dengan orang-orang ternama,wau…….saya tak percaya dia boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal( hukuman mati) insya allah kite tunggu aje apanak jadi…….dan saya juga tak pecaye ada orang yang berhati manusia nak kawan dngan binatang mcm tuh….saya doakan agar pihak berkuasa dapat beri balasan/hukuman yang wajar dan memuaskan hati semua pihak, sehigga tiada binatang yang serupa akan berani buat mcm ni di negara ber tamaddun ini…amin