KUALA LUMPUR 19 Ogos – Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permit penerbitan akhbar The Rocket bagi versi bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Tamil.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran kementerian tersebut, Datuk Zaitun Ab. Samad berkata, pihak penerbitan lidah rasmi DAP itu telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, semalam.

Menurutnya, surat kelulusan bagi permit penerbitan berkenaan diserahkan hari ini kepada penerbit akhbar itu pada Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak di kementerian tersebut.

“Kementerian telah menerima surat jawapan daripada pihak penerbit The Rocket dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, “Pihak kami juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh penerbit dan mereka juga tidak membuat sebarang kesalahan sepanjang permit penerbitan itu tamat tempoh ,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tags: