Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu “suka mengkafir” atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.
Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan ‘Cina mualaf’ itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau “tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak.”
“Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa,” kata Azmah Shapawi.
“Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri.”
Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhuan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.
Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi – seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan.
“Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.
“Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain,” coretnya dalam artikel berjudul ‘Jangan terlalu berani mencabar’.
Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.
“Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi,” katanya.
Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.
“Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama,” kata Azman Shapawi lagi.






2 Comments
Akum Ustaz Azman,
saya sedih tengok Pas tak habis habis terasa diri tu alim. Pas bukan memperjuangkan islam tapi mengunakan untuk kepentingan politik. Tengok khatib Pas sebelum ini kata org fitnah hari ini jawab memang dia bodoh dan silap. Kalau ya pun lim guan eng lantik ana punya abang jadi mufti tapi jangan tunjuk kita tu bodoh. Tenagok muka khatib tak dak aura .ajak bergaduh bolehla. Makin bercabang lidah pemimpin pas. melayu dah lama boleh maju dan berjaya masalahnya Parti Pas yang ujud bukan untuk kebaikan islam tapi putar alam banyak. Hormay karpal lebih dari Dr Harussani. itu pun YB mahfuz boleh kata pas betul.Saya makin benci dgn pas sebab tak sokong pas semua tak betul. Syed mokhtar buat masjid besar2 puak pas kira nak jadi jaguh, asyik buat kecoh.sedih melayu islam macam ni . lebih kurang je dgn umno . sebagai manusia kita timbang je . no more
salam..
aku pun setuju.. umno dgn pas dah mcm takdak beza, sama je..