KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Bapa kanak-kanak yang terbunuh dalam letupan rumah menyimpan mercun di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, semalam, menyerah diri kepada polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin, berkata Ayub Abd Rahman, 29, menyerah diri pada jam 12.55 tengah hari tadi di tempat kejadian di mana anaknya, Khairul Arif, 6, terbunuh.

Katanya, polis menahan beliau di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Ayub dipercayai menyimpan mercun dan bunga api di sebuah rumah sebelum kejadian letupan itu tengah hari semalam.

Video:

Tags: