KUALA TERENGGANU 20 Ogos – Dua terbunuh, termasuk bapa dan anak perempuannya berumur tiga tahun manakala dua lagi koma dalam kemalangan di Kilometer 50.5 Kampung Telaga Air, Marang dalam kejadian 11.30 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata Mohd Azmani Azalan @ Zed, 31, seorang mekanik, dan anak tunggalnya, Nor Fatin Alia meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang koma, adik ipar Mohd Azmani, Norrul Hidayah Ghazali, 25 tahun dan pemandu kereta yang turut terlibat dalam kemalangan Muzaiman Mohd, 26.
Seorang lagi penumpang kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Mohd Azmani, iaitu anak saudaranya, Wan Mohd Hasih Wan Yahaya, 16, cedera di bahagian muka dan kedua-dua mangsa yang koma, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Mohd Azmani dari Lorong Ciku, Chabang Tiga di sini dalam perjalanan untuk menjemput isterinya, Norazlina Ghazali, 27, yang bekerja di Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kuantan dan kini hamil lapan bulan, kata Ahmad Mazlan kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Muzaiman dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas memasuki laluan kenderaan yang dipandu Mohd Azmani lalu bertembung dalam keadaan jalan licin akibat hujan.
“Muzaiman dipercayai berkonvoi dengan isterinya yang memandu kereta di hadapan.
“Isterinya terlihat kemalangan yang berlaku melalui cermin sisi dan berpatah balik membantu suaminya keluar dari kenderaan yang terbakar sejurus kemalangan,” katanya.
Mayat dua beranak itu dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugur Raja, Wakaf Mempelam.






4 Comments
[...] Lihat Berita Penuh [VIDEO] [...]
Saya berpendapat walaupun kerajaan telah banyak kali memberi suara lantang tentang kemalangan jalanraya pelbagaipapan tanda dipasang dan dipapar di tepi jalan namun masih adalah lagi setengah pengguna jalanraya masih lalai dari tanggungjawab sebenar mereka tapi malangnya lebuhraya tidak harus dipesalahkan iatiu penggunalah yang harus dipesalahkan kerana tidak mematuhi undang-undang lalulintas jalanraya.Jadi komen saya pengguna haruslah berhati-hati ketika memandu kenderaan semasa di lebuhraya agar pengguna yang lain tidak terlibat sama.Patuhilah undang-undang jalanraya semoga selamat sampai ke tempat yang di tuju.Elakkan memandu tidak bertanggugjawab agar sebarang kecelakaan tidak berlaku sepanjang masa.
untuk pengetahuan en.abdulalimajid…. jumaat yang lepas turut berlaku satu kemalangan yang melibatkan seorang pelajar politeknik….. dan jumaat baru2 ini turut berlaku kemalangan di tempat yang sama dan waktu yang sama…… tidakkah timbul persoaln apa sebenarnya yang berlaku…??
semoga menjadi iktibar kepada semua pengguna jalan raya..