TERKINI.. 2 lagi maut di hospital.

JASIN, 13 Ogos (Bernama) – Dua orang peniaga bazar Ramadan terbunuh menakala 17 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut di perkarangan Stadium Jasin di sini petang Jumaat. [LIHAT VIDEO]

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau di sini.

Khemas bazar Ramadhan roboh meragut 2 nyawa di Jasin“Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama.

Mahadi merupakan peniaga martabak manakala Abdul peniaga cendol.

Sebanyak 30 buah khemah didirikan di bazar tersebut.

Che Suza berkata tiga mangsa mengalami cedera parah dan masing-masing di rawat dirawat di Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Pakar Putra dekat sini.

“Manakala 14 lagi cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar,” katanya.

Seorang peniaga yang terselamat, Farim Rosli, 32, berkata ribut yang kuat menerbangkan hampir kesemua khemah di situ.

“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga. Nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak, tak tahulah macam mana nasib saya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri. “Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dahsyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama,” katanya.

Seorang pengunjung, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang membeli juadah dan keadaan ketika itu begitu kelam kabut dengan masing-masing cuba lari menyelamatkan diri.

“Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Anggota Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hassan Rahman melawat mangsa kejadian.

Dua maut khemah bazar Ramadan di Jasin roboh

JASIN, 13 Ogos – Dua orang termasuk seorang peniaga cendol terbunuh manakala seorang parah dan 17 lagi cedera apabila khemah bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin roboh dan diterbangkan angin ribut pada 4.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa yang maut adalah peniaga bazar, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau dan Mahadi Mohamad, 40, dari Batu 15 Ayer Merbau.

“Siasatan awal mendapati Abdul meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala, dipercayai terkena palang besi khemah yang diterbangkan angin manakala Mahadi meninggal dunia di Hospital Jasin.

“Mangsa yang parah pula dipercayai peniaga, namun identitinya masih belum dikenalpasti. Dia sudah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Manakala 17 lagi yang cedera adalah pengunjung dan peniaga dan mereka mendapat rawatan lanjut di Hospital Jasin,” katanya. – Berita Harian

Dua maut dan 18 cedera ribut landa bazar Ramadan

JASIN 13 Ogos – Dua maut manakala 18 lagi cedera termasuk seorang kritikal dalam satu kejadian ribut kencang yang berlaku di bazar Ramadan Stadium Jasin, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mengakibatkan kira-kira 40 gerai peniaga di kawasan tersebut musnah dipukul angin. – Utusan

Tags: