Bas Pelancongan Terbabas di KM38 Genting Sempah
KUALA LUMPUR, 29 Okt – Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini. [LIHAT VIDEO] | [LIHAT BERITA TERKINI]
Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.
Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:-
- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
- Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
- Mohamad Firdaus Rosedi, 16
- Mohammad Yussof A. Akhit, 16
- Mohd Ridzuan Husin, 17
- Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
– BERNAMA
6 maut bas jatuh gaung dekat Genting Sempah
KUALA LUMPUR: Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi.
Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera.
Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu. — Berita Harian
6 terbunuh bas persiaran terbalik
KUALA LUMPUR, 29 Okt – Enam terbunuh apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik berhampiran susur naik ke Genting Highlands dekat sini malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika ditemui mengesahkan kejadian yang berlaku pukul 7.15 petang itu. –- Utusan Malaysia






2 Comments
[...] Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan. [BERITA PENUH] [...]
saya sangat simpati kepada keluarga arwah2..walaupun adik saya sendiri yang maut dalam tragedi nahas itu.