SEREMBAN 23 Ogos – Seorang penunggang motosikal, Mohd Fairuz Abdullah maut digilis lori dalam nahas jalan raya di kilometer 36.5 Jalan Seremban-Tampin, pagi tadi.
Mohd Fairuz, 35, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di bandar ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan dalam nahas pada jam 9.50 pagi itu.
Sebelum nahas berkenaan, motosikal dipandu Mohd Fairuz dipercayai melanggar sebuah kenderaan lain sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan yang menyebabkannya digilis lori terbabit.
VIDEO:






0 Comments
You can be the first one to leave a comment.