KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak permohonan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
- Lihat VIDEO
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati integriti kes pendakwaan tidak terjejas berikutan dakwaan wujud hubungan intim antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif.
Ini berikutan peranan Farah Azlina dalam kes pendakwaan adalah terhad dengan mencatat nota prosiding saja, tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan, tidak mengetahui mengenai strategi pendakwaan dan tidak mengendalikan saksi, katanya.
Dalam permohonan difailkan pada 2 Ogos lalu, Anwar memohon membatalkan tuduhan liwat dengan alasan integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit antara seorang timbalan pendakwa raya dengan saksi utama kes itu.
Melalui afidavit diikrarkan bersama permohonan itu, Anwar mendakwa Farah Azlina yang turut mewakili pasukan pendakwaan kesnya mempunyai hubungan dengan saksi utama yang juga pengadu kes, Mohd Saiful sepanjang perbicaraan liwat itu.
Katanya sebagai timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan diketuai Mohamed Yusof, Farah Azlina mempunyai pengetahuan terhadap kes itu.
Pada 4 Mei lalu, Anwar gagal mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau, sekali gus mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum itu.
Anwar memohon kes itu diketepikan dengan alasan laporan perubatan menyatakan tiada sebarang tembusan ke dalam dubur Mohd Saiful.






1 Comments
memang sdh d duga…semuanya ini merupakn pakatan dn konspirasi yg terancang bg menjatuhkn anwar ibrahim.keadaan ini menyebabkn rakyat semakin hari semakin muak dan jijik trhadap kerajaan BN.banyak sudah perkara melukakan hati rakyat yg dilakukan oleh BN.”WAHAI BN,TUNGGULAH HARI KEJATUHAN ENGKAU..RAKYAT ADALAH HAKIM TERBESAR”