Polis sahkan bekas isteri Nash, Datuk Sosilawati Lawiya hilang sejak enam hari lalu
KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.
Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.
Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.
Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.
Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.
Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.






5 Comments
[...] Video [...]
[...] Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu. [BERITA PENUH] [...]
salam,moga Allah memberi petunjuk dan melindingi Pn Sosilawat bersama rakan2nya,
pd pandangan saya, jika Pn Sosilawati hilang atas kes culik berkatain dengan wang yg di bawa 4 juta, hairan juga macamna orang boleh tahu???? sepatutnya pengawal keselamatan mengiringi bersamanya atau boleh memiliki pistol sendiri sebagai langkah keselamatan diatas nasihat dan pandangan pegawai polis jika perlu,sebab kita tak tahu insiden yg berlaku di luar jangkaan.Sebagai pengajaran dan peringatan pada jutawan2 yang lain di malaysia.KERANA MALANG TANPA DI UNDANG.rancanglah sesuatu demi keselamatan diri dn keluarga kita. SALAM.
apasal la dia nak bawa 4 juta cash tu? zaman sekarang transaksi online jer .. aku mcm tak percaya komen brader kat atas tu
jgn spekulasikan cerita, sosilawati tak bawa duit 4 juta, dia pergi kebanting utk mengambil duit 4 jutanya semula …..jumpa dgn datuk tu…kena bunuh plak..memang datuk jahat giler