
TENGKU Razaleigh Hamzah mencadangkan kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat diperluaskan fungsinya dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia.
Sambil menyatakan kesediannya mengetuai kaukus berkenaan atas dasar prinsip dan membantu rakyat walau pun ada pihak yang tidak berkenan, beliau berkata sudah sampai masanya kedudukan dan hak negeri dalam persekutuan Malaysia dikaji kerana banyak hasil cukai dikutip oleh kerajaan pusat dari negeri namun diagihkan tidak sama rata.
“Ada orang memberi cadangan supaya saya tidak menyertai kaukus ini tetapi atas dasar prinsip dan untuk menolong rakyat saya bersetuju untuk menolong kaukus ini
“(Tetapi) Saya juga cadangkan kaukus ini bukan sahaja melibatkan petroleum semata-mata tetapi juga melibatkan kuasa Kerajaan Pusat.
“Kajian kedudukan perlu dilakukan kerana banyak hasil cukai diberikan kepada Kerajaan Pusat namun diagihkan tidak sama rata. (Justeru) Saya raya patut kita kaji semula kedudukan kita dalam negeri-negeri persekutuan,” katanya ketika menyampaikan ceramah perdana sempena solat hajat dan penjelasan sebenar royalti petroleum negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Turut hadir, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri. Selain itu puluhan ribu rakyat Kelantan turut hadir pada majlis tersebut yang memenuhi ruang stadium sejak sebelum Maghrib.
Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin pembangkang meminta Tengku Razaleigh mempengerusikan satu kaukus mengenai wang royalti minyak di Kelantan.
Penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas dalam ceramah malam ini juga mencetuskan kontroversi kerana berada di atas pentas kerajaan negeri yang dipimpin PAS.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menambah, kajian semula itu perlu kerana kerajaan pusat perlu faham bahawa usaha memajukan negara bermakna semua negeri perlu dimajukan.
“Kita kena fikir semula perjanjian yang dibuat pada tahun 1948 itu kerana mungkin datuk nenek kita tidak terfikir apa yang terjadi pada tahun 2010 ini,”
VIDEO-VIDEO BERKAITAN:
Intro | Video 1 | Video 2 | Video 3 | Video 4 | Fakta Telaga Minyak 1 | Fakta Telaga Minyak 2 | Fakta Telaga Minyak 3






0 Comments
You can be the first one to leave a comment.