KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pihak berkuasa mengadakan sesi penerangan mengenai pengharaman aktiviti perdagangan mata wang asing atau forex melalui internet.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata penerangan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat memastikan kefahaman mendalam umat Islam di negara ini terhadap isu itu.
“PUM juga mencadangkan kepada semua Jawatankuasa Fatwa Negeri mewartakan di negeri berkaitan keputusan dicapai di peringkat muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya mempunyai kesan undang-undang ke atas umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini.
“Umat Islam disyorkan membuat rujukan terus kepada institusi berautoriti seperti JAKIM, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memastikan apa jua transaksi dan urus niaga kewangan menepati piawaian syariah dan undang-undang,” katanya.
Rabu lepas, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan perdagangan mata wang individu melalui internet menggunakan broker sebagai haram kerana tidak memenuhi kehendak syarak.
Isu Forex Haram atau Halal






3 Comments
huh? takde ker orang yg main forex nak comment kat sini? hehehe..
nasihat untuk semua yg main forex…
“janganlah buta kan hati, akal, jiwa dan iman anda hanya sebab kekayaan dunia.. hanya sebab duit.. tak bawak mati pon duit tu..carilah rezeki yg halal dan tiada keraguan.. bagi mereka yg dah byk buat duit dgn forex tu aku rasa takkan trima apa yg aku cakap ni.. hehehe.. aku pon main forex jgk dulu.. pernah lost skali dua tapi profit berkali2.. kete myvi aku belikan adik2 aku sorang sebijik cash takde loan.. tapi akhirnya aku sedar ada keraguan dalam forex ni.. aku tinggalkan forex sikit2.. skang aku wat bisnes part time jual kek ngan bini aku (dah masuk 4 tahun)..alhamdulillah.. aku rasa lagi berkat duit yg aku dapat.. walauppun sikit tapi aku yakin ia bersih untuk anak2 aku makan.. ni sekadar luahan.. aku tau ramai yg nak condemn aku kat luar sana.. bak kat orang, tepuk dada tanya selera.. tapi aku tepuk dada tanya iman.. tanya selera, nafsu yg jadi raja.. elakkan syubahah dalam mncari rezeki.. sesekali ucaplah ALHAMDULILLAH dgn rezeki yg Allah beri walaupon sedikit..
wasalam..
@fADzly
bolehkah saya bertanya?
sudahkah anda membaca artikel daripada majlis fatwa kebangsaan dunia?adakah majlis fatwa kebangsaan malaysia sudahpun membuat perbincangan teliti tentang forex dengan semua ulama seluruh dunia?
kenapakah 9/10 majlis fatwa kebangsaan di seluruh dunia mengatakan forex adalah harus tetapi negara kita sendiri mengatakan ianya haram?adakah sebab pendapatan daripada forex tidak boleh dicukai oleh kerajaan..saya minta anda jawab sebelum mengatakan sesuatu..sila buat kajian teliti
bagus2..kenapa farhan tak kaji betul2..cakap besar je tu farhan..sudah la..jangan nak berlagak sangat..saya sokong dakwaan fadzly..baca la forum2 dalam internet..banyak