KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.
Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.
Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.
Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.
“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.
“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah… cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,” katanya. [Berita Harian]
Video dari YouTube:






3 Comments
Kes sebegini sering berlaku di sekolah. Pelajar itu dan melangar disiplin sekolah tetapi tak mengaku atau tak boleh kena marah. Saya nampak cekgu tu tenang je, tak sentuhpun pelajartu. Tapi pelajartu yang berlebih-lebih. Memang bangang punya budak. Siapapun tak boleh sabar kalau berhadapan dengan pelajar macamtu. Orang-orang yang beri komen tidak mengalami keadaan sedemikian. Tengok je memang senang cakap.Kalau marah dia lawan balik, kalau buat bodoh je nanti orang di KPM kata cekgu tak pandai jaga disiplin, habih camno? Pada pemerhatian saya cekgu tu dan cukup bersabar dengan kebiadaban pelajar tu. Agaknya pelajar cacat akal kut. Baik tangkap dan ikat je di pokok yang ada kerengga, habis cerita. Pelajar sebegini patutnya dihantar ke sekolah untuk insan sejenisnya. Ade ke? rasanya macam takde di negara kita. Ini dah kategori budak jahat bukan nakal. Kalau orang macam ni ada dalam negara kita, alamat tak membangunlah.
cekgu tu rilek jer, pelajar tu samseng nak mampos…kalu aku aku bantai sampai kojol….dia ingat dia sorang samseng…dia tak tau lagi samseng org…
samseng budak nie..memg xpatot bersekolah,baik duk rumah bela beruk je..memg skrg ramai pljar samseng gni..